Thursday 23 September 2010

Kasut itu biar di kaki, bukan di hati

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, saya selalu tonton siri Bicarawara di Astro Oasis yang mana penyampai ceramah adalah Aa Gym (Kyai Haji Abdullah Gymnastiar). Saya tertarik dengan penyampaian Aa Gym yang ringkas tapi mudah difahami. Ada dalam salah satu episod Aa Gym membicarakan tentang sifat Qanaah, iaitu rasa syukur dan puas dengan apa yang kita ada, dengan apa yang diberi Allah pada kita. Antara perkara atau nasihat atau ilmu yang saya masih ingat di dalam episod tersebut ialah:
  1. Apa yang penting dalam hidup ini bukan ingin, tapi perlu.
  2. Semakin mewah hidup kita dan semakin mahal harta kita, hati semakin resah , kerana takut hilang, takut calar, takut rosak dan sebagainya.
  3. Kalau terlalu mewah sangat, orang curiga kepada kita, orang jahat pon suka pada kita.
  4. Kalau humble, hidup lebih efektif, hati lebih tenang and akhirat lebih ringan.

"kasut itu biar di kaki, bukan di hati"

Ayat ini Aa Gym bagi contoh untuk kita yang sayang sangat harta, hidup gundah gulana. Harta yang tidak diletakkan di tempatnya akan buat kita merana.....Aa Gym bagi contoh bagaimana seorang yang sayang sangat kasut mahal sampai tak nak pergi masjid sebab takut kasut hilang. Kalau pergi pon, kasut tu akan jadi beban yang menyebabkan orang tu tak khusyuk... bila sampai.. terbeban dengan sibuk cari port nak sembunyikan kasut tu.. lepas tu bila tengah sembahyang pon fikiran asyik teringat tentang kasut.. jangan la hilang.. jangan la ada orang ambil... bila abis sembahyang.. berlari keluar nak tengok kasut.. kalau hilang.. tension tiga hari... silap-silap taubat tak nak sembahyang di masjid lagi....tapi berlainan pula pada orang yang pakai kasut biasa-biasa saja... bila sampai ingatan hanya ingat nak sembahyang.. kasut letak saja di mana-mana tak jadi masalah.. masa sembahyang tak perlu risau pasal kasut yang biasa-biasa saja tu.. kalau hilang pon.. alaa kasut biasa esok boleh beli lagi tak jadi masalah....  Kadang-kadang hidup kita jadi berat disebabkan harta benda... kadang-kala rumah dah selesa nak beli lagi rumah lagi besar lagi mahal lagi cantik lagi gah... lepas tu pening bayaran bulanan, pening dengan takut perompak masuk, pening dengan nak mengemas.. pening segala macam pening.. kalau dengan rumah yang lagi besar dan lagi gah tu buat kita lagi dekat dengan Allah tak apa.. ini takut akan buat kita jadi riak dan takabbur... Ayat "kasut itu biar di kaki, bukan di hati" sentiasa jadi mantra saya.. peringatan kepada diri bila tiba-tiba rasa terlalu taksub atau terikat dengan harta dunia...

tapi tak boleh salah sangka... yang konon sebagai muslim ini tidak boleh jadi kaya....Aa Gym juga ada kata kita harus kaya, sebab bila kita kaya kita boleh tolong orang. Dalam Islam tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima. Nilai diri kita kena lebih tinggi dari nilai harta kita. Kalau ada harta/duit lebih, bersedekah, buat kebajikan. Harta kekayaan seharusnya buat kita lebih dekat dengan Allah, bukan sebaliknya. Kita tak jadi mulia dengan apa yang kita miliki tapi kita jadi mulia dengan apa yang kita beri.

Kalau nak tengok ceramah Aa Gym, boleh pergi ke youtube and search keyword Bicarawara, dari situ nanti ada banyak lagi video-video dari Aa Gym yang dapat kita tengok, ambil iktibar dan pengajaran. InsyaAllah.

Image source: http://www.dynamictube.com/youtube/bicarawara.html

Wednesday 22 September 2010

Tolong..!!! Cikgu ajar saya tak faham, sebab tu saya fail exam...

Biasa tak dengar ayat ni? Haha, saya biasa. Ramai pelajar yang cakap macam ni. Cikgu/pensyarah ajar tak faham, sebab tu la tak lulus periksa, atau dapat markah/grade teruk. Tapi boleh pakai ke alasan ni?

Pertama sekali, hentikan la salahkan orang lain atas kegagalan sendiri (Stop blaming others for your own failure). Kamu boleh la salahkan cikgu/pensyarah tu berbakul-bakul, tapi hakikatnya, cikgu/pensyarah tu tak dapat kesan apa-apa pon. Mereka ajar student faham ke, tak faham ke, bulan-bulan dapat gaji juga. Kita juga la sebagai pelajar yang rugi kalau asyik habiskan masa salahkan mereka.

Kedua, bila dah tak faham, apa yang kamu buat? Saya pernah bagi satu ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan di sebuah sekolah di Kluang, satu masa dulu. Salah satu soalan yang diajukan pada saya, pasal ni la "Saya selalu tak faham dengan apa yang diajar cikgu di kelas", lalu saya tanya balik, ok kalau kamu tak faham then kamu buat apa?

"Tak ada apa-apa"... isk.. memang patut ler fail.

Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar saya. Ada yang setiap masa nampak muka kita, asyik cakap tak faham, tak faham. Bila saya tanya part mana yang tak faham.. errr.. dia cakap dia pon tak faham apa yang dia tak faham.. nih memang sah la ada potensi untuk fail.

Ok la pelajar-pelajar, adik-adik akak sekalian.. kita kena terima hakikat yang cikgu/pensyarah ajar kita tak faham dalam kelas tu normal. It happens to everyone! Hatta pelajar yang selalu score A pon, kalau tanya akan ada masa dia pon tak faham apa yang cikgu/pensyarah ajar dalam kelas. Apa yang membezakan pelajar ni (yang dapat A) dengan pelajar lain yang dapat D ialah apa yang dia buat bila dia tak faham.

Lain kali, bila tak faham apa yang cikgu/pensyarah ajar dalam kelas, buat macam ini:

  1. Terus tanya kepada cikgu/pensyarah tentang apa yang kita tak faham tu selepas kelas. Jangan lengah-lengah tak pe la tunggu lusa, tulat, bulan depan tahun depan baru nak tanya, jawabnya kita tak akan tanya, dan perkara yang tak faham tu akan selamanya tak faham.
  2. Tanya dengan kawan-kawan sekelas. Chances are, ada kawan-kawan lain yang faham dengan apa yang cikgu ajar.
  3. Baca buku rujukan tentang perkara yang kita tak faham tu. Kalau kat sekolah ada buku teks, kat universiti ada reference book, so boleh baca. Kalau tak faham juga, cari buku lain, baca dan baca sampai faham.
  4. Kalau dah buat step 1, 2 dan 3 tapi masih tak faham juga, buat appointment dengan cikgu/pensyarah untuk tanya dengan lebih lanjut. Bila seseorang pelajar tu dah buat step 1, 2, dan 3, dan bila dia jumpa cikgu/pensyarah tu later on, saya gerenti dia boleh faham sebab masa tu, pelajar nih dah tahu dah very specific apa perkara/details yang dia tak faham, jadi cikgu/pensyarah tu boleh terus terangkan in details perkara yang specific yang student tu tak faham (err you guys faham kan baca ayat saya nih?).
Tapi hakikatnya masih ramai pelajar yang bila tak faham dalam kelas, the only thing that they do is keep on telling everyone "Eh aku tak faham ler, ko paham tak?', lepas tu masing-masing geleng kepada then ok let's forget about it.

Ada juga pelajar yang take things for granted bila cikgu/pensyarah ajar dalam kelas tak bagi tumpuan, berangan ingat awek, ingat bantal busuk kat rumah, ingat facebook. Lepas tu sibuk cakap tak faham, tak faham, lepas tu tak buat apa, lepas tu bila nak exam baru cari cikgu/lecturer nak minta cikgu/lecturer tu terangkan balik sebijik-sebijik dari A sampai Z tentang topic tu. Masa tu, sorry la ye..

So adik-adik dan pelajar-pelajar, di harap nasihat akak nih dapat membantu la ye.. all the best to you.

Image source: http://studentpayouts.com/

Monday 20 September 2010

Ditinggalkan Kekasih.. Macam mana nak ubat hati luka?

Salam kepada semua.. Entry ini saya tulis dan tujukan khas untuk pelajar-pelajar saya yang amat saya sayangi. Sebagai pendidik, kadang-kala saya sedih bila tengok pelajar cemerlang merundum jatuh prestasi pembelajaran hanya kerana putus cinta (ditinggalkan kekasih). Walaupon entry ini asalnya untuk pelajar-pelajar saya, saya kira, nasihat yang diberikan berguna untuk semua juga. OK kamu baru saja putus cinta dan rasa macam nak giler ye? Cuba baca apa yang saya nak kongsi ni...

Jangan musnahkan diri sendiri
Ditinggalkan kekasih is not the end of the world!  Kenapa nak musnahkan hidup atau masa depan untuk orang yang tak tentu lagi jadi laki/bini  kita? Sedangkan yang dah kahwin lagi kan bercerai, inikan pula bagi yang tak ada ikatan apa-apa melainkan janji manis taat setia. Gunakan rasa sedih dan marah tu jadi pemangkin untuk kamu berusaha lebih gigih untuk jadi manusia yang lebih baik dan lebih hebat di masa akan datang (Use that anger and sadness deep within yourself to fuel your determination to become a more successful and better person). Cakap pada diri kita " Fine, kau tinggalkan aku sekarang.. satu hari nanti, kau akan menyesal!". Dalam hidup kita hanya ada dua jenis keadaan: pertama ialah keadaan yang kita boleh kawal (within our control), dan satu lagi ialah keadaan yang kita tak boleh kawal (out of our control). Kita tak boleh nak kawal perasaan orang lain pada kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita nak buat dengan hidup kita (You can't control how people feel about you, but you can control how you should live your life!) Take charge...jangan bagi peluang untuk orang lain datang dalam hidup kita dan kucar-kacirkan hidup kita. Kita decide hidup kita sendiri.. Jadi kalau orang tu tak sayang kita lagi..... jangan risau..  God loves you and he knows that you would be better off without that person.. 

Saya tak dapat lupakan dia sebab saya sayang dia sangat-sangat!
OK kamu sayang dia sangat-sangat... tapi ada ke dia sayang kamu? Kenapa nak sayang orang yang tak sayangkan kita? Kenapa nak buang masa pada orang yang tak tahu hargai kita? Lebih baik cari orang yang sayangkan kita. Kuatkan semangat dan kata pada diri "OK, kau tinggalkan aku, tak pe akan ada orang lain yang akan sayangkan aku". Tell yourself this over and over and over.

Saya sedih sangat sampai tak boleh buat apa-apa.. hopeless
Normal la untuk rasa sedih bila ditinggalkan kekasih. Ada yang sedih tahap gaban, ada pula yang sedih tahap cipan :) Masa ni kalau nak nangis pon, nangis la sepuasnya. Kalau nak jadi bad mood tak nak buat apa-apa, cuma nak tengok je ikan emas dalam aquarium tu berenang-renang sampai ikan emas tu jadi rimas pon tengok la. Kalau nak makan aiskrim berkotak-kotak untuk hilangkan sedih pon, makan la. Kita manusia biasa yang ada perasaan, so kalau rasa sedih... let it be. It is OK to feel sad, but don't linger on that feeling far too long!

Macam mana nih.. sedih tak nak hilang juga
Jangan malu untuk minta bantuan nasihat atau sokongan dari kawan-kawan sekeliling atau kenalan rapat. Jangan merana sorang-sorang (You don't have to go through the experience alone). Kalau malu, cari professional yang boleh dipercayai seperti counselor atau di universiti, kadang-kala ada academic advisor. Yang penting, luahkan apa yang terbuku di hati. Jangan pendam dan buat-buat konon semuanya ok padahal tidak (Don't pretend that everything is OK when it is NOT).

Mungkin ada yang akan berkata "alaa cakap senang la, nak buat belum tentu lagi boleh". Apa yang saya kongsi nih berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semasa saya di semester dua pengajian master, seminggu sebelum exam saya putus cinta. Memang sedih tahap gaban, menangis tahap cipan. But I told myself... I will grief later coz I have a battle to win (my exam).  Alhamdullillah, out of 4 subjects, saya score one A- dan three As!! My GPA for that semester is 3.93! Sampai sekarang kalau saya tengok exam transcript, saya teringat waktu sedih tahap gaban tu, dan betapa saya bersyukur kerana saya buat pilihan yang betul. Saya pilih masa depan sebab saya tahu, kalau saya fail pon, bukannya boyfriend saya akan datang balik kepada saya. Dia bahagia dengan orang lain kenapa kita nak hancurkan hidup kita sendiri? Alhamdullillah,  kalau saya boleh buat, anda boleh juga kan?

Image source:  http://datingxlence.com