Tuesday 22 February 2011

Tiga langkah untuk mencari pasangan hidup yang sesuai ...

Dah lama saya tak update blog ni sampai adik saya yang aktif berblog hantar sms "Along dah lama tak update blog".. haah ye la... idea ada banyak tapi tak de masa pulak nak update.. bila ada idea dan masa komputer pulak tak de depan mata...ni yang berkira-kira nak beli ipad nih, ringan dan sesuai dibawa ke mana-mana, masuk dalan handbag pon boleh hehe..

Anyway.. ok ni cara-cara macam mana nak cari pasangan hidup yang SESUAI untuk dijadikan suami/isteri. Sekarang pergi amik pen dan kertas.. ye.. pen dan kertas... ok la... bukak microsof word pon boleh juga.. zaman IT la katakan..

Langkah pertama: Buat tiga senarai. Senarai yang pertama adalah senarai ciri-ciri perempuan/lelaki idaman yang MESTI ADA dalam diri bakal ISTERI/SUAMI anda.. (contoh mesti sembahyang)...Senarai yang kedua pula adalah senarai yang anda TAK MAHU ada dalam diri bakal isteri/suami anda..(contoh merokok)... senarai yang ketiga adalah senarai yang anda BOLEH TOLERATE kalau ciri-ciri ini tak berapa ada dalam diri bakal isteri/suami ada (contoh cantik, atau badan gempal, atau tak kisah dari keluarga kaya atau miskin dll)...pikir betul-betul.. ini bukan exam salah betul.. jawapan semuanya betul untuk setiap individu sebab setiap individu itu mempunyai citarasa yang berbeza.

Langkah kedua: Ulang langkah pertama sehingga anda betul-betul puas hati dengan ciri-ciri lelaki atau wanita idaman yang anda tulis dalam ketiga-tiga senarai tersebut.. selagi tak puas hati ulang langkah pertama tu sampai puas hati..

Langkah ketiga: Tengok balik list tu dan sekarang untuk setiap ciri-ciri tersebut, kalau boleh, perincikan lagi.. sebagai contoh kalau cantik.. cantik yang macam mana (kulit putih mulus atau sekadar sedap mata memandang), kalau lemah lembut (untuk calon isteri).. lemah lembut yang macam mana...(lemah lembik sampai pijak semut pon tak mati? cakap suara pon tak dengar sampai kena letak telinga dekat2, atau cukup la sekadar perempuan yang tak menjerit "hoi abang bangun la dah subuh nih' sampai satu kampung dengar?)... err rasanya you guys get the idea now..

Sekarang anda boleh la cari perempuan/lelaki yang menepati ciri-ciri yang ANDA SENDIRI senaraikan dalam list tu...

Ooo tidak.. ini bukan entry main-main. Apa yang saya tulis ini dah terbukti berkesan. Ramai orang yang sebenarnya tak tahu apa yang dia nak.. atau apa yang dia tak nak.... dengan tulis senarai macam tu, kita halusi balik pemikiran kita tentang apa yang kita nak..

Kedua (err pertamanya mana), bila kita buat senarai macam nih, kita akan secara automatiknya menjadi seorang yang praktikal, bukan idealistik..  tak de manusia yang sempurna dalam dunia nih kecuali Nabi Muhamad SAW saja.. dengan senarai tu kita boleh tahu apa yang MESTI ada dalam diri seseorang tu.. dan apa yang kita boleh tolerate kalau tak ada (nih priority yang kurang utama).. dan kita akan jauhkan diri dari mereka yang ada ciri-ciri yang kita TAK NAK.

Ketiga (dan terakhir)... bila kita buat listing ni juga, kita harus menilai balik diri kita juga... ciri-ciri tu mesti praktikal.. kalau kita pon muka tak hensem tapi ciri mesti ada nak perempuan cantik macam maya karin.. err susah juga la kan (kecuali anda seorang yang KAYA RAYA so itu cerita lain).. dan ciri-ciri tu selalunya akan complement diri kita sendiri.. sebagai contoh seorang yang pendiam selalunya dia suka pada pasangan yang kecoh sikit.. atau seorang yang tak suka nak pikir tentang perkara remeh temeh seperti hari nih nak makan apa akan suka kepada pasangan yang very organise (ok bang..nih menu kita setahun ye bang...).. so al-kisah begitu la..

Disclaimer: Saya tidak bertanggungjawab sekiranya tips yang saya berikan ini tak menjadi. Kita mencuba tapi Qada' dan Qadar adalah ketentuan Ilahi..

No comments: