Monday, 28 February 2011

Makan RaSUaH tu sedap ke?

Kami sekeluarga memang allergic dengan En Li(pas), jadi setiap 3 bulan husband akan panggil pest control datang sembur2 apa yang patut untuk halau En Li(pas) nih... Orang yang buat pest control nih (kita panggil dia En Y) dulu bekerja dengan company pest control, bila dia dah makin mahir, dia berhenti kerja lepas tu jadi freelance pest controller.. deal dengan dia senang sebab bayar hanya bila dia datang buat servis, kalau deal dengan syarikat kena bayar beratus up front..

OK.. semalam husband berborak2 dengan En Y, kemudian En Y nih bercerita. Dia sekarang nih cuba-cuba juga nak mintak kontrak buat pest control di pejabat-pejabat kerajaan tapi susah nak dapat sebab asyik kena minta rasuah je.. bukan dia tak boleh bagi tapi dia ada prinsip rasuah tu HARAM.. BERDOSA tu yang dia tak nak buat... dan yang paling menyedihkan sekali orang-orang yang minta rasuah nih kebanyakan adalah melayu ISLAM kita sendiri...

Kalau dah ISLAM tak kan tak faham duit rasuah tu HARAM..!Ni yang susah kalau dah buta mata dan buta hati. Yang penting harta duniawi, soal akhirat dosa pahala letak tepi. Yang kesian anak bini kat rumah tak tahu apa-apa langsung bersubahat jadi mangsa makan benda-benda haram. Bila anak dungu belajar tak masuk-masuk dalam otak disalahkan cikgu kat sekolah tak tahu mengajar, abis dah disogok dengan makanan dari sumber haram macam mana hati yang dah hitam nak terima ilmu dengan berkat?

Bukan En Y je yang komplain macam tu.. ramai lagi kawan-kawan saya yang kerja sebagai vendor jadi supplier selalu mengeluh.. rasuah masih lagi berleluasa... setiap kali nak dapat project, kena hulur.. kalau tak, jangan harap dapat project... kesian kepada pengedar dan vendor melayu ISLAM yang ada prinsip...

Rasuah nih juga perosak umat islam.. sebab duit haram maka semua yang dibeli tak berkat.. bila tak berkat hati jadi gundah gulana, jiwa kosong.. Husband dulu pon pernah kena tahan polis, bila buka cermin keta polis tu tak cakap apape, diam tersengih-sengih.. husband pon cakap "Kalau nak saman, saman je la saya tak suka bagi rasuah".. sebab malu agaknya polis tu lepas kan je husband saya...

So pembaca semua.. marilah kita jadi orang-orang yang ada prinsip.. KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH... kat dunia mungkin mewah dapat duit boleh joli.. tapi ingat-ingat la sikit bila kita mati nanti... tak takut ke?

1 comment:

Mohammednajib said...

Xmakan Rasuah.......