Wednesday 18 May 2011

Kopitiam tak peduli: Adakah sikap orang Islam sendiri menjadi punca?

Petikan dari harian Metro, 18/5/2011
IPOH: Masih banyak restoran kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di seluruh negara masih berdegil enggan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ada restoran kopitiam berkenaan disahkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari syarikat pengedar yang dikesan turut membekalkan produk berasaskan daging babi ke pasaran.

Bukan setakat kopitiam, tapi banyak lagi restoran-restoran dan kedai-kedai makan yang tidak peduli mendapatkan sijil halal. Kenapa? Saya rasa ianya berpunca dari sikap orang Islam sendiri yang tidak berapa peduli tentang di mana mereka makan atau apa yang mereka makan. Kalau makan dikedai makan yang terang-terang milik melayu Islam  memang lain cerita, tapi ada banyak restoran-restoran ala barat atau cafe-cafe yang tumbuh bagai cendawan, yang mana kita tak tahu sama ada pemiliknya orang Islam atau tidak. Kadang kala pekerja nampak macam orang Islam tapi sebenarnya orang indonesia atau bangla (kita tak tahu mereka islam atau tidak).

Sebagai contoh, di Alamanda food court, ada satu restoran yang tidak ada tanda Halal JAKIM, yang ada cuma tanda halal yang tak tidak lagi dibenar pakai. Masa mula-mula buka dulu, semua pekerjanya bukan orang malaysia, saya rasa orang nepal. Tengok menu pon rasa was-was. Tapi masih ada lagi orang Islam yang dengan selamba pergi makan di situ. Sekarang sudah ada pekerja melayu, tapi kalau pekerja melayu setakat waiter, tapi tukang masak bukan orang Islam, jadi sama je. Even kalau tukang masak orang Islam, tapi bahan-bahan masakan dibeli oleh tokey yang bukan Islam, adakah kita pasti bahawa sumber bahan masakan itu halal? yang sedihnya, ada juga orang-orang islam yang makan di situ, siap bawa anak-anak kecil lagi. Kesian mereka, dari kecil lagi dah disogok dengan makanan yang shubhat.

Orang Islam sendiri kena peka dengan isu ini. Tak boleh salahkan kedai-kedai makan tak kisah mohon sijil halal. Kenapa? Alah.. tak mohon sijil halal pon orang Islam berbondong-bondong datang makan, so apa kisah... Isu kopitiam yang tidak ada sijil halal nih dah lama dah. tapi setiap kali lalu di kopitiam-kopitiam yang tiada sijil halal, masih ada lagi kepala-kepala bertudung atau pon muka-muka orang Islam tersengih-sengih makan di situ. Kesian saya tengok mereka. Benda yang kita makan, jadi darah daging. Kalau makan benda haram, benda haram la yang jadi darah daging, MasyaAllah.. mungkin sebab itu la orang Islam zaman sekarang dah tak macam orang Islam, sebab dah banyak sangat makan benda haram.

Kadang-kala saya tengok orang Islam di Malaysia take thing for granted. Hanya kerana agama rasmi di Malaysia agama Islam, jadi kita ingat semua boleh makan sebab semua halal. Hal ini berbeza kalau kita pergi ke luar negara. Semasa saya belajar di luar negara, kami memang betul-betul ambil berat tentang soal makan. Setiap barang yang dibeli, mesti dibelek ramuan yang di gunakan. Orang barat jujur kerana setiap bahan pewarna dan perasa yang digunakan ditulis satu-satu menggunakan kod tertentu, seperti E471. Selalunya pelajar-pelajar diberikan senarai kod-kod makanan yang tidak halal dimakan untuk memudahkan kami check label. Masalahnya di Malaysia tidak ada sistem seperti itu.. kalau kita tengok dalam ingredient mesti akan diakhiri dengan pewarna dan perasa tiruan yang dibenarkan. Dibenarkan oleh siapa? Pelik tapi ada satu produk makanan yang dijual di luar negara tertulis kod bahan yang tidak halal, tapi produk makanan yang sama dijual di malaysia, hanya tertulis bahan perasa dan pewarna yang dibenarkan. Ramai orang Islam yang beli produk tersebut walaupon tidak ada tertulis logo Halal.

Semua pembaca Islam budiman, marilah kita sama-sama berusaha agar pemakanan kita dari sumber yang halal. Kalau kena tipu juga, nak buat macam mana, tapi kita sendiri mesti berusaha ke arah itu. Jangan pergi makan ke kedai-kedai yang nampak was-was atau tiada logo halal walaupon ada ramai orang Islam lain yang makan di situ. Bila beli makanan yang berpek atau bertin, periksa ramuan. Ada satu produk kuah spaghetti saya pernah nak beli, bila tengok ramuan ada tertulis mengandungi stok ayam tapi produk tiada logo halal dan diimport dari luar negara, jadi kita boleh guna akal sendiri la kan untuk fikir produk tu halal atau tidak. Cari altenatif yang halal, ada banyak di pasaran. Dan akhir sekali, sebar-sebarkan ke semua kawan-kawan Islam kita... kempen jaga pemakanan kita... Jom makan makanan HALAL... 


Wallahualam

No comments: