Thursday 23 September 2010

Kasut itu biar di kaki, bukan di hati

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, saya selalu tonton siri Bicarawara di Astro Oasis yang mana penyampai ceramah adalah Aa Gym (Kyai Haji Abdullah Gymnastiar). Saya tertarik dengan penyampaian Aa Gym yang ringkas tapi mudah difahami. Ada dalam salah satu episod Aa Gym membicarakan tentang sifat Qanaah, iaitu rasa syukur dan puas dengan apa yang kita ada, dengan apa yang diberi Allah pada kita. Antara perkara atau nasihat atau ilmu yang saya masih ingat di dalam episod tersebut ialah:
  1. Apa yang penting dalam hidup ini bukan ingin, tapi perlu.
  2. Semakin mewah hidup kita dan semakin mahal harta kita, hati semakin resah , kerana takut hilang, takut calar, takut rosak dan sebagainya.
  3. Kalau terlalu mewah sangat, orang curiga kepada kita, orang jahat pon suka pada kita.
  4. Kalau humble, hidup lebih efektif, hati lebih tenang and akhirat lebih ringan.

"kasut itu biar di kaki, bukan di hati"

Ayat ini Aa Gym bagi contoh untuk kita yang sayang sangat harta, hidup gundah gulana. Harta yang tidak diletakkan di tempatnya akan buat kita merana.....Aa Gym bagi contoh bagaimana seorang yang sayang sangat kasut mahal sampai tak nak pergi masjid sebab takut kasut hilang. Kalau pergi pon, kasut tu akan jadi beban yang menyebabkan orang tu tak khusyuk... bila sampai.. terbeban dengan sibuk cari port nak sembunyikan kasut tu.. lepas tu bila tengah sembahyang pon fikiran asyik teringat tentang kasut.. jangan la hilang.. jangan la ada orang ambil... bila abis sembahyang.. berlari keluar nak tengok kasut.. kalau hilang.. tension tiga hari... silap-silap taubat tak nak sembahyang di masjid lagi....tapi berlainan pula pada orang yang pakai kasut biasa-biasa saja... bila sampai ingatan hanya ingat nak sembahyang.. kasut letak saja di mana-mana tak jadi masalah.. masa sembahyang tak perlu risau pasal kasut yang biasa-biasa saja tu.. kalau hilang pon.. alaa kasut biasa esok boleh beli lagi tak jadi masalah....  Kadang-kadang hidup kita jadi berat disebabkan harta benda... kadang-kala rumah dah selesa nak beli lagi rumah lagi besar lagi mahal lagi cantik lagi gah... lepas tu pening bayaran bulanan, pening dengan takut perompak masuk, pening dengan nak mengemas.. pening segala macam pening.. kalau dengan rumah yang lagi besar dan lagi gah tu buat kita lagi dekat dengan Allah tak apa.. ini takut akan buat kita jadi riak dan takabbur... Ayat "kasut itu biar di kaki, bukan di hati" sentiasa jadi mantra saya.. peringatan kepada diri bila tiba-tiba rasa terlalu taksub atau terikat dengan harta dunia...

tapi tak boleh salah sangka... yang konon sebagai muslim ini tidak boleh jadi kaya....Aa Gym juga ada kata kita harus kaya, sebab bila kita kaya kita boleh tolong orang. Dalam Islam tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima. Nilai diri kita kena lebih tinggi dari nilai harta kita. Kalau ada harta/duit lebih, bersedekah, buat kebajikan. Harta kekayaan seharusnya buat kita lebih dekat dengan Allah, bukan sebaliknya. Kita tak jadi mulia dengan apa yang kita miliki tapi kita jadi mulia dengan apa yang kita beri.

Kalau nak tengok ceramah Aa Gym, boleh pergi ke youtube and search keyword Bicarawara, dari situ nanti ada banyak lagi video-video dari Aa Gym yang dapat kita tengok, ambil iktibar dan pengajaran. InsyaAllah.

Image source: http://www.dynamictube.com/youtube/bicarawara.html

No comments: